Ciri-ciri stesen Stesen BRT SunMed

Lokasi

Stesen ini terletak di atas Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Sunway Medical Centre manakala di selatan stesen adalah pusat membeli-belah Sunway GEO Avenue. Juga terletak berhampiran adalah Menara Sunway Geo, Sunway Lagoon Club, Palmville Resort Condominium, taman perumahan BayRocks Garden Waterfront Villas, dan Sunway Geo Residences.

Pelan stesen

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
SB Arah Utara BRT Laluan Sunway menghala ke  SB1  Sunway-Setia Jaya (Sunway Lagoon)
SB Arah Selatan BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (SunU-Monash)
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
MAras mezaninJejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway Medical Centre dan Sunway GEO Avenue
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.

Perkhidmatan bas

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Medical Centre dimana bas laluan Sunway City berkhidmat di hentian bas tersebut.